Membawa penglihatan kepada orang buta dan bermasalah penglihatan
Be My Eyes dicipta untuk membantu orang buta atau sesiapa yang mempunyai masalah penglihatan. Aplikasi ini terdiri daripada komuniti orang buta, OKU penglihatan dan sukarelawan yang boleh melihat dari seluruh dunia. Be My Eyes adalah ciptaan teknologi canggih yang mengabungkan golongan masyarakat dunia dengan membawa penglihatan kepada mereka yang kehilangan keupayaan penglihatan. Melalui panggilan video, sukarelawan boleh membantu orang kurang upaya penglihatan seperti menyesuaikan warna, memeriksa jika lampu masih menyala, atau menyediakan hidangan makanan. Applikasi ini adalah percuma dan sesuai untuk pengguna iOS dan Android.
Apabila orang kurang upaya penglihatan meminta bantuan melalui aplikasi, Be My Eyes akan menghantar notis kepada beberapa orang sukarelawan. Aplikasi akan memadankan orang kurang upaya penglihatan dengan sukarelawan melihat mengikut bahasa dan zon masa yang bersesuaian. Sukarelawan pertama yang menjawab permintaan tersebut akan disambungkan kepada pengguna itu dan menerima panggilan video dengan menggunakan kamera belakang telefon pintar. Panggilan suara mengizinkan pengguna dan sukarelawan untuk menyelesaikan tugas bersama-sama.
Untuk menyertai Be My Eyes, anda hanya perlu memuatturun aplikasi Be My Eyes dari App Store atau Google Play dan mendaftar sebagai orang buta/orang kurang upaya penglihatan atau sebagai sukarelawan melihat.
Fikirkan Be My Eyes sebagai alat yang membantu pada bila-bila masa diperlukan. Aplikasi ini menghubungkan anda dengan masyarakat sukarelawan melihat dari seluruh dunia yang sedia membantu anda pada bila-bila masa. Bagi seseorang yang buta atau kurang upaya penglihatan, bantuan ini disediakan dengan 180 bahasa dan lebih dari 1 juta sukarelawan. Servis Be My Eyes adalah percuma dan anda hanya memerlukan sambungan Internet. Anda boleh membuat panggilan pada bila-bila masa, tidak kira jumlah panggilan yang anda perlukan; Ia tiada had masa atau had bilangan panggilan. Dengan adanya golongan sukarelawan yang sangat besar, panggilan akan dijawab dalam masa 30 saat.
Anda boleh menggunakan Be My Eyes untuk sebarang keperluan yang memerlukan bantuan visual. Berikut ada beberapa contoh pengguna yang menggunakan Be My Eyes:
1. Mencari barang yang hilang atau terjatuh
2. Menerangkan gambar, lukisan atau lain-lain kerja seni
3. Memadankan atau menerangkan warna
4. Membaca label
5. Menyelesaikan masalah komputer
6. Membeli barangan runcit
7. Membaca tarikh luput pada produk makanan
8. Mengenali kawasan atau menunjuk jalan di tempat baru
9. Membezakan barangan
10. Menentukan ketibaan dan keberangkatan bagi pengangkutan awam
Bantuan Khas adalah platform yang terdapat dalam aplikasi Be My Eyes. Ia menawarkan fungsi komunikasi terus dengan ejen khidmat pelanggan bisnes yang lebih mesra penglihatan dan alternatif yang lebih cepat. Membuat panggilan menerusi Bantuan Khas adalah sama seperti panggilan biasa Be My Eyes, tetapi dari disambungkan kepada sukarelawan biasa, anda akan disambungkan kepada wakil syarikat. Wakil terlatih akan menjawab soalan atau membantu menyelesaikan masalah anda dengan cepat atau memberikan penyelesaian yang lebih mendalam. Seperti biasa, ia boleh digunakan secara percuma.
Anda boleh mengakses pilihan Bantuan Khas dari skrin utama. Menekan butang 'Bantuan Khas' akan membawa anda ke senarai syarikat yang tersedia di kawasan anda. Setiap profil bisnes akan menyenaraikan penerangan perkhidmatan, waktu operasi and bahasa yang disokong. Dari halaman syarikat, anda boleh membuat panggilan terus kepada syarikat yang dipilih. Pada masa kini, Bantuan Khas hanya terdapat di 12 negara dengan bantuan produk atau perkhidmatan Microsoft.
"Pertama kali saya menggunakan Be My Eyes ialah untuk sesuatu yang sangat biasa. Dan saya rasa itulah kebaikannya - anda boleh menggunakannya untuk kegunaan harian."
"Salah satu perkara penting, yang telah mengubah kehidupan saya melalui Be My Eyes, saya sekarang tidak perlu lagi menunggu untuk seseorang yang boleh melihat untuk datang. Setakat yang ini, sekarang saya lebih berupaya dan saya dapat maklumat pada bila-bila masa saya perlukannya."
Jika seseorang yang buta atau kurang upaya penglihatan memerlukan bantuan, anda akan menerima notis di telefon anda. Jika anda sukarelawan pertama yang menjawab permintaan tersebut, anda akan disambungkan kepada pengguna itu. Sambungan video satu hala akan ditubuhkan antara anda berdua, bermakna anda akan melihat di mana atau apa orang buta atau kurang upaya penglihatan itu tunjuk dengan kamera dan bantu mereka sekiranya perlu.
Kami ada ramai jumlah sukarelawan yang ingin membantu, jadi harap maklum tidak semestinya anda menjadi orang yang pertama untuk menjawab, dan anda tidak semestinya akan menerima panggilan pada setiap hari atau minggu. Anda akan hanya menerima panggilan di siang hari di waktu tempatan dari jam 8 pagi ke 9 malam.
Jangan risau jika anda sedang sibuk apabila menerima panggilan - terdapat sukarelawan lain yang akan menjawab panggilan itu. Kedua, anda tidak perlu sentiasa membuka aplikasi untuk menerima panggilan. Panggilan akan sentiasa masuk asalkan anda berdaftar di dalam akaun Be My Eyes.
Orang buta dan kurang upaya penglihatan mungkin memerlukan bantuan dengan apa sahaja dari menentukan tarikh luput kepada mencari barang terjatuh hingga ke menunjuk arah di kawasan yang tidak dikenali dan lain-lain lagi.
"Membantu menerusi Be My Eyes telah memberi kesan yang mendalam kepada saya. Selepas membantu seseorang, saya rasa sangat ceria, dan ia mengingatkan saya untuk lebih bersyukur dengan segalanya di dalam kehidupan seharian saya. Saya lebih bahagia apabila menggunakan Be My Eyes dan dapat membantu seseorang."
"Ia membuat saya rasa lebih baik pada masa hidup kini, di mana saya dapat memberi perkhidmatan kepada orang lain - terutama seseorang yang saya tidak pernah jumpa, tidak akan berjumpa, mereka tidak berjumpa dengan saya. Anda hanya tahu sesuatu yang anda buat yang sangat senang dapat mengubah kehidupan seseorang hari itu."
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Be My Eyes, lawati laman sesawang Be My Eyes (Bahasa Inggeris sahaja) atau hubungi kami di info@bemyeyes.com.
Menulis cerita Be My Eyes? Memerlukan resolusi tinggi versi logo syarikat, produk atau gambar pasukan? Sila periksa sumber kami.